ZIKIR RINGKAS NABI MUHAMMAD SELEPAS SOLAT
Zikir dari segi bahasanya bermaksud sebut dan ingat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan tanpa batas waktu, tempat, dan sebagainya. Waktu selepas solat adalah antara yang dianjurkan untuk kita duduk sebentar dan berzikir. Tak susah pun, sekadar lebih kurang 5 minit saja untuk kita memanjatkan syukur, menambahkan cinta Allah,Allah ingat kita, membuang rasa kebimbangan, dan paling penting, memohon ampunan kepada Allah. ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU YANG MUDAH DIHAFAL, BERDASARKAN HADIS SAHIH Berikut adalah himpunan zikir ringkas yang boleh kita amalkan dan mudah dihafal, serta berdasarkan hadis sahih sesuai dengan anjuran Rasulullah SAW. أَسْتَغفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ (3×) Maksud:Aku minta keampunan mu Allah Yang Maha Agung اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلاَمُ . تَبَارَكْتَ يَا ذَاالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ Allahumma antas salaam, waminkas salaam, wa ilaika ya’udus salaam. Tabarakta ya dhal jalaali wal Ikram....